BERITA TERKINI   RM254 juta diperuntukkan bagi program pembangunan koperasi tahun ini, tertinggi sejak penubuhan gerakan koperasi pada 1922 - Steven Sim. | Ladang Solar KLIA dijangka kurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 35,000 tan setahun - Fadillah | Inisiatif Ladang Solar KLIA sokong sasaran Malaysia capai 70 peratus penggunaan tenaga boleh baharu menjelang 2050 - Fadillah | Pelancaran Ladang Solar dan sistem penstoran tenaga (BESS) sokong operasi KLIA sebagai infrastruktur pengangkutan kritikal negara - TPM Fadillah | Dua PPS tempatkan mangsa kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang ditutup hari ini - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2025 dan November 2025 turun 0.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,631.50 dan 1,631.00.

Kontrak Disember 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,628.50 dan Mac 2026 menambah 1.0 mata kepada 1,609.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 9,007 lot daripada 9,453 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 48,165 kontrak daripada 47,487.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 2.74 mata atau 0.16 peratus kepada 1,635.06 daripada 1,637.80 pada Khamis.

-- BERNAMA