BERITA TERKINI   GRS menetapkan sasaran kutipan hasil negeri mencecah RM10 bilion menjelang 2030 - Armizan | Hasil Sabah melonjak kepada RM6.87 bilion pada tahun 2024 berbanding RM3.59 bilion pada 2020 di bawah pentadbiran kerajaan GRS - Armizan | PRN : GRS berikrar tubuh Sabah Sovereign Wealth Fund tahun depan jika diberi mandat - Armizan | Manifesto GRS dipacu empat rukun utama dan 16 strategi, tawar agenda pembangunan menyeluruh - Hajiji | GRS lancar manifesto dengan tema 'Rumah Kita, Kita Jaga', aku janji lima tahun bawa Sabah maju dan sejahtera - Hajiji | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Kacang Soya Mengukuh

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih kukuh.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata prestasi eksport MSM yang lebih kukuh juga meningkatkan sentimen pasaran.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,400 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,580 setiap tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 bersama-sama dengan kontrak November 2025 masing-masing meningkat RM52 kepada RM4,411 dan RM4,417 setiap tan.

Kontrak Disember 2025 pula menokok RM58 kepada RM4,446 setiap tan manakala Januari 2026 naik RM57 kepada RM4,461 setiap tan dan Februari 2026 bertambah RM55 kepada RM4,458 setiap tan.

Kontrak Mac 2026 turut meningkat sebanyak RM50 kepada RM4,434 setiap tan.

Jumlah dagangan susut kepada 82,073 lot berbanding 83,099 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 270,071 kontrak berbanding 260,977 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM untuk Oktober Selatan bertambah RM40 kepada RM4,430 setiap tan.

-- BERNAMA