BERITA TERKINI   Dua maut, empat cedera dalam kemalangan babit dua kenderaan di simpang Felda Sungai Ara dekat Kota Tinggi - bomba | Inflasi Malaysia berada pada 1.4 peratus pada Februari 2026, mata indeks naikĀ kepada 136.0 daripada 134.1 pada bulan sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Perdagangan Malaysia meningkat 9.5 peratus kepada RM245.2 bilion pada Februari 2026, disokong oleh pengembangan berterusan dalam eksport dan import - Jabatan Perangkaan | Sabotaj Negara: PDRM akan rakam keterangan 14 lagi individu bagi lengkapkan kertas siasatan - KPN | 

Unit TNB Dapat Ketepikan Taksiran Cukai Tambahan RM78.49 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Southern Power Generation Sdn Bhd (SPG), unit Tenaga Nasional Bhd (TNB) berjaya dalam semakan kehakiman terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengetepikan taksiran cukai tambahan RM78.49 juta bagi tahun-tahun taksiran 2017 hingga 2021.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata Mahkamah Tinggi bersetuju dengan hujahan peguam SPG bahawa LHDN tidak mempunyai asas perundangan untuk mengeluarkan notis terbabit.

Ini merujuk kepada notis-notis taksiran bagi 2017 hingga 2021 yang kesemuanya bertarikh 26 Mei 2023 dan berjumlah RM78.49 juta.

TNB berkata ia juga telah membuat pengumuman berkaitan bagi tempoh Jun 2023 dan September 2025.

SPG merupakan pengendali dua loji janakuasa gas turbin kitaran dengan kapasiti 720 megawatt di Johor dan 70 peratus kepentingannya dimiliki oleh TNB Power Generation Sdn Bhd.

Pada akhir dagangan hari ini, saham TNB meningkat 36 sen kepada RM13.46.

-- BERNAMA