BERITA TERKINI   Pelancaran bantuan untuk pengguna buat keputusan, bantu individu rancang kewangan penjagaan kesihatan - JBMKKS | Hospital swasta layak mohon insentif cukai tubuhkan dana kebajikan bagi galakkan dan biayai perkhidmatan penjagaan kesihatan amal kepada pesakit kurang bernasib baik - JBMKKS | Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) sokong inisiatif utama perluas akses dan pilihan penjagaan kesihatan | Pelantikan Arthur Joseph Kurup sebagai Pengerusi BN Sabah adalah bagi persediaan hadapi PRU16 - Ahmad Zahid | Orang ramai dibenar mohon kad fizikal Lesen Memandu Malaysia (LLM) tanpa kemuka bukti keluar negara bermula esok - MOT | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, menjejaki peningkatan pasaran global susulan kenaikan harga emas pada paras tertinggi, AS$3,893.06 setiap auns troy.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata kebuntuan politik yang berterusan di Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan kadar faedah telah membawa kepada dolar AS yang lemah  yang semuanya telah meningkatkan daya tarikan terhadap emas.

“Emas semakin meningkat ke arah paras tertinggi, justeru AS$3,900 setiap auns troy kini jelas dapat dicapai," katanya kepada Bernama.

Kontrak bagi Oktober 2025 meningkat kepada AS$3,902.70 setiap auns troy daripada AS$3,818.0 pada Selasa, November 2025 naik kepada AS$3,920.90 daripada US$3,836.2, manakala Disember 2025 melonjak kepada AS$3,936.20 daripada US$3,854.6 sebelumnya.

Sementara itu kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 kesemuanya pada AS$3,970.10 setiap auns troy daripada AS$3,854.6 pada Selasa manakala Januari 2026 pada AS$3,953.20 setiap auns troy.

Jumlah dagangan naik kepada 309 lot berbanding 106 lot semalam, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 349 kontrak daripada 155 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada paras AS$3,825.30 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 30 September, 2025.

-- BERNAMA