BERITA TERKINI   Setakat ini, Malaysia belum menerima notis atau pemberitahuan rasmi daripada AS mengenai garis masa untuk meratifikasi ART - Johari | MITI bersama agensinya, MATRADE dan MIDA dibantu oleh MIDF Research sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi ART - Johari | Pelaksanaan projek Loji Janakuasa 120MW di Zon Perindustrian Rancha-Rancha pastikan kecukupan bekalan tenaga elektrik di Labuan - TPM Fadillah | Angka ekonomi positif berjaya memperkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar | Pengukuhan ringgit menunjukkan keyakinan terhadap sistem ekonomi negara - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 dan Mac 2026 susut 1.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,593.0 dan 1,563.5.

Sementara itu, kontrak Oktober 2025 turun 0.5 mata kepada 1,589.5 dan Disember 2025 berkurangan 1.5 mata kepada 1,583.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 59,487 lot daripada 24,002 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 106,544 kontrak daripada 64,711.

FBM KLCI susut 1.19 mata untuk ditutup kepada 1,598.47, daripada paras penutup 1,599.66 pada Rabu.

-- BERNAMA