BERITA TERKINI   Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM145,000 | Bekas PAT Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan guna kedudukan, terima lebih RM700,000 dan pecah amanah RM3 juta | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan September 2025 dan Disember 2025 masing-masing merosot 12 mata kepada 1,594.0 dan 1,584.5.

Kontrak Oktober 2025 berkurang 13.5 mata kepada 1,590.0 dan Mac 2025 turun 10 mata kepada 1,564.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 24,002 lot daripada 6,682 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 64,711 kontrak daripada 46,583 sebelumnya.

FBM KLCI merosot 3.89 mata untuk ditutup pada 1,599.66, berbanding 1,603.55 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA