BERITA TERKINI   88,000 unit produk kesihatan disyaki mengandungi racun berjadual bernilai RM24 juta dirampas di Pulau Pinang - Pengarah Kesihatan Negeri | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.9668 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.96 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Polis ambil keterangan beberapa pegawai tentera susulan penyebaran maklumat berkaitan perjawatan strategik ATM - Mohamed Khaled | Pembekuan perolehan ATM: MINDEF akan buat perundingan jika operasi terjejas - Mohamed Khaled | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 meningkat 2.5 mata kepada 1,602.5, Oktober 2025 naik dua mata kepada 1,598.0, Disember 2025 menokok 1.5 mata kepada 1,593.0 dan Mac 2026 menambah satu mata kepada 1,572.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3,187 lot daripada 6,189 pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 42,930 kontrak daripada 46,066.

FBM KLCI naik 5.11 mata untuk ditutup kepada 1,603.34 daripada 1,598.23 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA