BERITA TERKINI   Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM145,000 | Bekas PAT Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan guna kedudukan, terima lebih RM700,000 dan pecah amanah RM3 juta | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka meningkat pada hari ini, sekali gus memaparkan sentimen pasaran yang positif.

Pada 9.36 pagi, kontrak September 2025 naik 11.5 mata kepada 1,600.0, kontrak Oktober 2025 dan Mac 2026 masing-masing menokok 12 mata kepada 1,596.50 dan 1,572.5 manakala Disember 2025 menambah 12.5 mata kepada 1,592.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,059 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 39,326 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 0.62 mata kepada 1,600.75 selepas 55 minit dagangan dijalankan daripada paras 1,600.13 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya ditutup pada 15 September bagi cuti umum tambahan bersempena Hari Malaysia pada 16 September.

-- BERNAMA