BERITA TERKINI   Kedua-dua aerotrain di Terminal 1 KLIA mengalami gangguan kuasa sementara, mengakibatkan gangguan perkhidmatan pada pukul 8.30 malam hari ini - Malaysia Airports | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu dengan lebih kukuh, ditutup lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan dalam pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, selain dolar AS yang lebih lemah.

Pada penutup dagangan, kontrak September 2025 meningkat kepada US$3,653.60 setiap auns troy daripada US$3,625.70 ketika ditutup pada Khamis.

Kontrak Oktober 2025 menokok kepada US$3,670.90 setiap auns troy daripada US$3,641.60, manakala kontrak November 2025 meningkat kepada US$3,687.70 daripada US$3,658.40.

Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$3,709.10 setiap auns troy berbanding US$3,680.30 sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 315 lot daripada 274 lot semalam, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 361 kontrak daripada 322 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal berada pada US$3,629.55 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 11 Sept, 2025. 

-- BERNAMA