BERITA TERKINI   Ketua Pesuruhjaya SPRM akan bertemu dengan Menteri Pertahanan berhubung isu perolehan ATM pada Rabu depan | Kertas siasatan beberapa kes berprofil tinggi akan disiapkan dalam masa terdekat - Azam Baki | Pasangan suami isteri ditemukan maut di Jalan Brayun, Sri Aman, Sarawak, awal pagi tadi dengan kesan kecederaan serius di bahagian tubuh - Polis | Bekas Panglima Tentera Darat yang direman sebelum ini telah dibebaskan pada 12 Jan lepas - Azam Baki | Seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan SPRM hari ini bagi bantu siasatan kes rasuah - Azam Baki | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2026 naik 3.5 mata kepada 1,705.0, Februari 2026 meningkat 5.0 mata kepada 1,709.5, manakala Mac 2026 dan Jun 2026 menokok 4.5 mata masing-masing kepada 1,691.0 dan 1,692.0.

Jumlah dagangan susut kepada 6,885 lot daripada 8,238 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,659 kontrak daripada 41,460 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 12.76 mata, atau 0.75 peratus, kepada 1,708.20 daripada penutupan Isnin iaitu 1,695.44. Indeks itu melepasi paras tertinggi sebelumnya iaitu 1,707.73 yang dicatatkan pada 28 Februari 2019.

.- BERNAMA