BERITA TERKINI   Penularan penyakit Tibi libatkan murid sekolah di Kota Tinggi terkawal, tiada arahan penutupan sekolah setakat ini - Exco Pendidikan Johor | Enam murid sekolah di Kota Tinggi disahkan menghidap Tuberkulosis (Tibi) hasil saringan kontak rapat. - Exco Pendidikan Johor | Kerajaan galak pemilik EV memasang pengecas di kediaman kerana kos pengecasan jauh lebih murah - Johari | Pembangunan infrastruktur pengecas EV menghadapi cabaran kos pemasangan yang tinggi sehingga RM210,000 terutama pengecas DC - Johari | Sebanyak 5,624 pengecas awam EV dipasang hingga 31 Dis, 2025, mencapai 56 peratus daripada sasaran keseluruhan - Johari | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa September 2025 menambah lima mata kepada 1,574.5, Oktober 2025 dan Disember 2025, masing-masing naik 5.5 mata kepada 1,571.5 dan 1,566.0 serta Mac 2026 meningkat 2.5 mata kepada 1,546.0.

Jumlah dagangan naik kepada 4,585 lot daripada 3,668 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 40,423 kontrak daripada 39,178 kontrak sebelum ini.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.94 mata kepada 1,590.75 daripada 1,586.81 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA