BERITA TERKINI   Isu kesesakan dan kekurangan mesin pengimbas di Linkedua akan dibawa ke KDN - Loke | Dua sindiket pengedaran dadah tumpas, dadah RM4.7 juta dirampas dalam operasi di Johor Bahru - Polis | Seramai 60,000 pelajar disasar terima manfaat MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan peruntukan RM18.5 juta - Anthony Loke | Tiga individu ditahan bantu siasatan kes lelaki maut ditembak di Skudai pada 9 Mei lepas - Polis | PRN Johor tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MT UMNO dan pertemuan dengan Agong hari ini - Ahmad Zahid | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Kelemahan Sentimen Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Selasa, seiring penyusutan prestasi pasaran hadapan komoditi itu di peringkat serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen itu turut diasak oleh kelemahan prestasi ekonomi di China serta Amerika Syarikat.

“Bagaimanapun, kerugian seterusnya dapat dikekang oleh harga minyak mentah penanda aras global berikutan kebimbangan berkaitan kekurangan bekalan getah asli akibat faktor musim hujan di negara-negara pengeluar utama,” katanya kepada Bernama.

Memetik laporan agensi meteorologi Thailand, beliau berkata negara itu telah dimaklumkan mengenai ancaman hujan lebat serta potensi berlakunya banjir pada 10-11 Sept 2025.

Setakat jam 3 petang ini, Lembaga Getah Malaysia menyatakan harga Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 susut 18.0 sen kepada 747.0 sen sekilogram manakala lateks pukal turun tiga sen kepada 574.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA