BERITA TERKINI   Konflik Kemboja-Thailand: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan - PM Anwar | Rundingan sedang dijalankan bagi meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja – PM Anwar | Penyedia perkhidmatan pesanan Internet, media sosial dengan lapan juta pengguna di Malaysia disifatkan berdaftar bermula 1 Jan 2026 - MCMC | Penguasaan teknologi baharu perlu seiring pemerkasaan jati diri dan warisan budaya tempatan - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya lebih tinggi pada hari ini.

Pada 9.27 pagi, kontrak September 2025 menokok 4.5 mata kepada 1,553.0, Oktober 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,546.50, Disember 2025 menambah 2.0 mata kepada 1,543.0 manakala Mac 2026 susut 0.5 mata kepada 1,522.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,646 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,181 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 3.61 mata kepada 1,580.31 selepas 50 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan semalam pada paras 1,576.70.

-- BERNAMA