BERITA TERKINI   PM Anwar akan hubungi Presiden Mesir bagi bincang laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Rafah | PM Anwar bangga perjuangan dan pengorbanan 23 aktivis Malaysia yang sertai GSF, cipta sejarah negara | Turkiye akan bantu proses bawa pulang sembilan peserta Freedom Flotilla Coalition yang ditahan oleh Israel - PM Anwar | FFC: Wisma Putra sudah hubungi Turkiye dan Amerika Syarikat untuk segerakan usaha bawa keluar sembilan rakyat Malaysia ditahan Israel- Mohamad Hasan | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM26.40 bilion berbanding RM23.73 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi, manakala kecairan dalam dana Islam merosot kepada RM20.60 bilion daripada RM22.55 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu menjalankan satu tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam. 

 BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli balik serta kemudahan komoditi bercagar Murabahah dengan kematangan satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM26.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah berjumlah RM20.50 bilion, kedua-duanya dengan kematangan satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berjumlah 2.75 peratus pada 26 Ogos 2025.

-- BERNAMA