BERITA TERKINI   Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM145,000 | Bekas PAT Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan guna kedudukan, terima lebih RM700,000 dan pecah amanah RM3 juta | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.

Pada 9.33 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025 turun 3.5 mata kepada to 1,605.5, September 2025 berkurangan 4.0 mata kepada 1,582.5, Disember 2025 menguncup 4.5 mata kepada 1,582.5 dan Mac 2026 merosot 0.5 mata kepada 1,570.5.

Jumlah dagangan sebanyak 4,958 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 52,184 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI turun 8.67 mata kepada 1,593.78 selepas 41 minit dagangan daripada 1,602.45 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA