BERITA TERKINI   Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan kurnia bantuan RM2,000 kepada 39 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Teluk Jawa | Kedudukan PKR berada pada tahap terbaik, terus bina kekuatan parti - Anwar | PDRM rampas dadah bernilai RM69.65 juta dalam Op Bayu 2 di Sabah - KPN | Polis tumpas sindiket dadah antarabangsa libat sitaan RM174 juta dalam Op Coleoptera di Sabah - Ketua Polis Negara | Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin dipecat dari parti itu, berkuat kuasa hari ini - Setiausaha Agung Bersatu | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Meningkat Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Dagangan niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran peningkatannya pada akhir urus niaga Khamis, seiring dengan prestasi dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Pada akhir dagangan hari ini, kontrak bulan semasa Februari 2026 naik kepada US$5,081.10 bagi setiap auns troy daripada US$5,069.80, semalam.

Kontrak Mac 2026 menokok kepada US$5,098.10 setiap auns troy daripada US$5,086.70 manakala April dan Mei masing-masing meningkat kepada US$5,115.80 setiap auns troy daripada US$5,104.40.

Selain itu, kontrak Jun dan Ogos meningkat kepada US$5,149.70 setiap auns troy daripada US$5,138.30 semalam.

Jumlah dagangan mengukuh kepada lapan lot berbanding enam lot manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 108 kontrak daripada 91 kontrak.

Selain itu, sesi penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 11 Feb, 2026 menyaksikan harga emas fizikal pada US$5,077.85 setiap auns troy.

 

-- BERNAMA