BERITA TERKINI   Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | Krisis Tenaga Global: ERL perkenal MyKLIA Monthly Travel Card bagi rakyat Malaysia bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 -- Loke | Krisis tenaga global: KTMB tawar diskaun 30 peratus tiket ETS bagi semua sektor dan tren Ekspres Rakyat Timuran laluan JB Sentral–Tumpat–JB Sentral -- Loke   | Keselamatan tenaga bukan lagi satu pilihan. Ia menjadi keutamaan strategik negara susulan situasi di Selat Hormuz - Fadillah Yusof | 

Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia, Empat Negara ASEAN Lain

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Malaysia berserta empat lagi negara anggota ASEAN, dikenakan tarif sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa pada hari ini.

Menerusi perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Rumah Putih pada 31 Julai 2025, tarif sama turut dikenakan ke atas Kemboja, Filipina, Thailand serta Indonesia.

Pada 7 Julai lepas, Washington mengumumkan untuk mengenakan tarif pada kadar 25 peratus ke atas semua produk Malaysia ke AS yang berasingan daripada tarif mengikut sektor, berkuat kuasa pada 1 Ogos, 2025 -- satu mata peratusan lebih tinggi daripada pengumuman yang dibuat pada April lepas.

Dalam pada itu, Vietnam dikenakan kadar tarif lebih tinggi pada 20 peratus dan diikuti oleh Brunei pada 25 peratus.

Singapura yang juga rakan dagang utama AS, terus menikmati kadar tarif paling rendah dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN pada 10 peratus yang tidak berubah sejak awal pelaksanaannya.

Laos dan Myanmar sebaliknya dikenakan tarif pada kadar tertinggi di rantau ini iaitu masing-masing pada 40 peratus.

-- BERNAMA