BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Pemain snuker negara Thor Chuan Leong menang pingat emas acara 6-Red perseorangan lelaki | Sukan SEA 2025: Atlet lontar peluru wanita negara Nani Sahirah Maryata cipta kejutan rangkul emas, pecah rekod kebangsaan dengan catatan 16.36 meter | Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | 

Unit Steel Hawk Raih Kontrak Perkhidmatan Perancah Daripada EPOMS

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB) memperoleh kontrak bagi menyediakan perkhidmatan perancah untuk operasi EPOMS Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat tersebut berkata SHESB diberikan kontrak pada 25 Julai, 2025, tetapi hanya memperoleh persetujuan bertulis daripada EPOMS hari ini bagi memaklumkan pengumuman kepada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Kata Steel Hawk, tempoh kontrak pula selama dua tahun bermula dari 25 Julai, 2025 hingga 24 Julai, 2027 dengan pilihan lanjutan selama satu tahun.

“Untuk penjelasan, kontrak ini berdasarkan permintaan (yang tidak mempunyai nilai kontrak tetap) dan syarikat dilantik oleh EPOMS untuk menyediakan perkhidmatan tertentu sepanjang tempoh kontrak tersebut iaitu apabila dan sekiranya perkhidmatan itu diperlukan,” katanya.

Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan Steel Hawk bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2025.

-- BERNAMA