BERITA TERKINI   Pemenang kategori Filem Terbaik FFM34 bakal dapat sokongan Dana Kandungan Kreatif berjumlah RM1 juta - Teo Nie Ching | GSF: Kesemua 23 aktivis Malaysia akan tiba di KLIA 9.45 malam, esok - KP SNCC | Malaysia, Pakistan perlu perkukuhkan lagi kerjasama dua hala dan melaksanakan dasar yang lebih agresif dan progresif - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 dan Ogos 2025 susut 5.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,531.5 dan 1,528.5, kontrak September 2025 turun 6.0 mata kepada 1,509.5, dan kontrak Disember 2025 berkurangan 4.5 mata kepada 1,511.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 12,877 lot daripada 4,013 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 48,755 kontrak daripada 39,381 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI berkurangan 6.56 mata, atau 0.43 peratus, untuk ditutup kepada 1,533.76 daripada paras penutup 1,540.32 sebelumnya.

-- BERNAMA