BERITA TERKINI   Bursa sasar permodalan pasaran IPO RM28 bilion tahun ini daripada RM27.4 bilion pada 2025 dengan tumpuan kepada penyenaraian yang lebih besar dan berkualiti tinggi - Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia | Kerajaan sedang gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara, asas perundangan kukuh pelihara kedaulatan makanan - TPM Fadillah | Dasar Keterjaminan Makanan Negara (DKMN) 2030 pacu transformasi sektor agromakanan negara - TPM Fadillah | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM17.0 bilion daripada RM16.96 bilion pada sebelah pagi, manakala dana dalam sistem Islam naik kepada RM30.4 bilion daripada RM24.85 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan satu tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik semalaman.

BNM juga telah mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh matang satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Bank pusat turut menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM30.4 bilion daripada RM2.9 bilion.

Pada 4 petang, BNM telah melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM17.0 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM30.4 bilion, kedua-duanya bagi tempoh matang tiga hari.

Setakat 24 Julai, 2025, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus. 

-- BERNAMA