BERITA TERKINI   Bantuan Wang Ihsan akan disalurkan ketika mangsa banjir masih berada di PPS - TPM Ahmad Zahid | Cadangan naikkan jumlah Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa bencana akan dibawa ke mesyuarat Kabinet - TPM Ahmad Zahid | Sukan SEA 2025: Malaysia capai sasaran pingat ke-200 dengan raih emas acara berbasikal trek kejar-mengejar berpasukan lelaki | Sukan SEA 2025: Pelumba basikal trek negara Nur Aisyah Mohamad Zubir raih pingat emas acara scratch wanita | Sukan SEA 2025: Pelumba basikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom rangkul pingat emas acara keirin lelaki | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Disokong Perubahan Kecil Permintaan Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh perubahan kecil permintaan global.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata saham AS kekal kukuh, didorong oleh syarikat berprestasi terbaik dan gembar-gembur kecerdasan buatan, bukannya keyakinan ekonomi secara menyeluruh.

Beliau berkata manakala pasaran bon menunjukkan andaian lama mula berubah.

“Bagaimanapun, wujud permintaan berterusan daripada kalangan bank pusat terhadap emas.

“China telah menambah rizab emas bagi bulan kelapan berturut-turut -- satu isyarat jelas bahawa pembeli rasmi masih mengumpul emas, tanpa menghiraukan turun naik harian pasaran. Ini membantu menyokong harga emas,” katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan, Julai 2025 meningkat kepada US$3,360.0 bagi setiap auns troy daripada US$3,337.50 manakala Ogos 2025 menokok kepada US$3,378.3 bagi setiap auns troy daripada US$3,355.70.

September 2025 naik kepada US$3,384.20 seauns troy daripada US$3,361.60 sebelum ini.

Oktober 2025, Disember 2025 dan Februari 2026 masing-masing ditutup tinggi kepada US$3,413.40 seauns troy daripada US$3,390.80 semalam.

Jumlah dagangan susut kepada 12 lot daripada 57 lot, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 67 kontrak daripada 133 kontrak pada Khamis.

Emas fizikal berharga US$3,318.50 seauns troy, berdasarkan penetapan harga petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London (LBMA) pada 17 Julai, 2025.

-- BERNAMA