BERITA TERKINI   Cuaca panas berterusan: IPTA dibenarkan buat keputusan laksanakan PdP secara dalam talian - Zambry | Polis belum terima laporan dakwaan Victor Chin berkaitan Ahli Parlimen minta bayaran RM10 juta bagi bantu selesai isu manipulasi korporat - Bukit Aman | Capital A lantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 6 April | Capital A sedang teroka potensi dwipenyenaraian di Hong Kong pada suku ketiga 2026, dan teruskan rancangan untuk senaraikan AirAsia NEXT di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun - Tony Fernandes | Capital A sasar keluar daripada status PN17 selepas catat untung empat suku tahunan berturut-turut - Tony Fernandes | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, susut daripada kenaikan semalaman yang didorong oleh ketidakpastian terhadap prospek dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata logam kuning itu pada mulanya melonjak semalaman berikutan spekulasi mengenai nasib pengerusi Fed, Jerome Powell.

"Pasaran pada awalnya beralih kepada aset selamat apabila Powell kelihatan seolah-olah akan dipecat namun apabila jangkaan itu tersasar, emas merosot daripada paras tertinggi hariannya," katanya kepada Bernama.

Innes berkata dengan pengumuman data ekonomi AS yang akan dikeluarkan malam ini dan dolar AS sedikit kukuh, peniaga mengurangkan pegangan mereka.

“Namun, dari segi ringgit, emas hanya turun sedikit daripada paras penutup semalam, menunjukkan pelabur masih teragak-agak untuk melepaskan sepenuhnya perlindungan risiko,” katanya.  

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 susut kepada US$3,337.50 setiap auns troy daripada US$3,349.50 pada Rabu.

Kontrak Ogos 2025 turun kepada US$3,355.70 setiap auns troy daripada US$3,367.70, manakala kontrak September 2025 berkurangan kepada US$3,361.60 setiap auns troy daripada US$3,373.60 sebelumnya.

Kontrak Oktober 2025, Disember 2025 dan Februari 2026 semuanya ditutup lebih rendah kepada US$3,390.80 setiap auns troy daripada US$3,401.80 pada Rabu.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 57 lot daripada 97 lot, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 133 kontrak daripada 25 sebelumnya.

Berdasarkan penetapan harga di London Bullion Market Association pada 16 Julai 2025,, emas fizikal berharga US$3,323.80 setiap troy auns.

-- BERNAMA