BERITA TERKINI   Dadah bernilai RM4.36 juta dirampas, 10 ditahan dalam operasi di Johor Bahru dan Batu Pahat - Polis | Untung bersih Affin Bank meningkat 1.5 peratus kepada RM135.49 juta pada suku pertama 2026 daripada RM124.08 juta sebelum ini | Agong berkenan dipersembahkan buku terbitan Bernama di Istana Negara hari ini | 

CIDB: ICW-BuildXpo 2025 Kembali Ke MITEC Selepas Kemunculan Sulung Di Borneo

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) ke-27 & Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober, 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Acara itu diadakan selepas kejayaan ICW Borneo 2025 yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada Mei.

Penganjur acara, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini bahawa pameran itu akan menampilkan persidangan peringkat tertinggi, forum khusus, pertandingan teknikal dan pameran perdagangan yang menarik.

Dengan kerjasama Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd dan dihoskan oleh Kementerian Kerja Raya, CIDB berkata kembalinya acara utama industri pembinaan ini adalah bersempena dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

"Acara ini akan membina momentum daripada edisi sulung Borneo yang telah menyaksikan lebih daripada 3,000 peserta berkumpul untuk membincangkan masa depan pembangunan mampan dan dipacu teknologi untuk ASEAN.

"ICW Borneo 2025 menjana anggaran jualan hampir RM48 juta pada pameran perdagangan rasmi, BuildXpo," katanya.

Diadakan di bawah tema “Constructing the Future of ASEAN”, CIDB berkata ICW dan BuildXpo 2025 mencerminkan kepimpinan dwi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2025–2029, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara di barisan hadapan dalam hala tuju dasar serantau dan transformasi bandar global.

-- BERNAMA