Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 dan September 2025 masing-masing susut 17.0 mata kepada 1,532.50 dan 1,511.50. Sementara itu, kontrak Ogos 2025 dan Disember 2025 masing-masing merosot 17.5 mata kepada 1,530.0 dan 1,510.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 6,651 lot daripada 3,001 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 38,018 kontrak berbanding 34,783 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.65 mata atau 0.82 peratus kepada 1,537.54 daripada 1,550.19 ketika ditutup Jumaat lalu.
-- BERNAMA