BERITA TERKINI   Bangunan warisan mesti terus hidup sebagai ruang mendidik, menyatukan dan beri inspirasi untuk generasi masa hadapan - PM Anwar | 3,164 sekolah diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid setakat November tahun lepas - Timbalan Menteri Pendidikan | Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad pastikan sejarah terus hidup, difahami dan jadi pedoman hadapi cabaran masa depan - PM Anwar | Agong berkenan sempurnakan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad Fasa 1 | Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera baharu berkuat kuasa 1 Feb - Mohamed Khaled | 

Unit Econpile Holding Raih Kontrak RM57.95 Juta Untuk Projek Ara Damansara

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd berjaya meraih dua kontrak dengan nilai gabungan sebanyak RM57.95 juta membabtkan cadangan pembangunan di Ara Damansara, Selangor.

Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak perkhidmatan pembinaan bernilai RM27.99 juta telah dianugerahkan oleh LFE Engineering Sdn Bhd, manakala kontrak berasingan untuk penyampaian bekalan serta bahan bernilai RM29.96 juta telah diberikan oleh LFE Innovative Sdn Bhd.

Projek ini melibatkan reka bentuk dan membina kerja-kerja untuk perubahan, pendasaran dan pengukuhan bagi pembangunan Oasis Ara di Jalan PJU 1A/46, Ara Damansara.

"Tempoh kontrak adalah selama 21 bulan mulai 30 Jun 2025," kata Econpile. 

Syarikat itu berkata kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dari tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 dan seterusnya.

"Syarikat tidak melihat sebarang sebarang risiko selain risiko operasi yang berkaitan dengan projek semasa tempoh kontrak," katanya, sambil menambah bahawa pihak pengurusan akan melaksanakan langkah -langkah dan prosedur kawalan untuk menguruskan risiko tersebut.

-- BERNAMA