BERITA TERKINI   Keputusan peperiksaan STAM diumum 5 Feb - KPM  | Bangunan warisan mesti terus hidup sebagai ruang mendidik, menyatukan dan beri inspirasi untuk generasi masa hadapan - PM Anwar | 3,164 sekolah diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid setakat November tahun lepas - Timbalan Menteri Pendidikan | Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad pastikan sejarah terus hidup, difahami dan jadi pedoman hadapi cabaran masa depan - PM Anwar | Agong berkenan sempurnakan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad Fasa 1 | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, menurut seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah di Jepun meningkat pada sesi kedua berturut-turut hari ini, disokong oleh jangkaan bekalan yang lebih terhad berpunca daripada hujan lebat di negara pengeluar utama, Thailand.

Sentimen pasaran turut dipacu oleh peningkatan jualan automotif di China dan Amerika Syarikat (AS), katanya.

“Menurut Everbright Futures, jualan trak berat di China meningkat 29 peratus tahun ke tahun, meneruskan kenaikan berturut-turut yang dicatatkan pada April dan Mei.

“Jualan trak berat yang menggunakan tenaga baharu di China mencecah rekod tertinggi pada Mei dengan 15,103 unit terjual, menunjukkan peningkatan 190.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah jualan kenderaan di AS meningkat 7.02 peratus pada suku kedua, didorong oleh permintaan yang kukuh untuk kereta sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan seterusnya dihadkan oleh ketidaktentuan tarif AS selepas pentadbiran semasa menolak untuk melanjutkan tarikh akhir perjanjian perdagangan pada 9 Julai.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 8.0 sen kepada 711.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 1.0 sen kepada 581.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA