BERITA TERKINI   Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tohmahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tomahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Sultan Perlis | ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan kenaikan dalam pasaran tunai.

Pada 9.18 pagi, kontrak Jun 2025 meningkat 4.5 mata kepada 1,536.0, Julai 2025 naik 7.0 mata kepada 1,537.0, September menambah 9.0 mata kepada 1,518.5 dan Disember 2025 melonjak 15 mata kepada 1,525.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,910 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,749 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI naik 1.97 mata kepada 1,530.13 selepas 37 minit dagangan daripada 1,528.16 pada Khamis lepas.

-- BERNAMA