Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini.
Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2025 naik 6.5 mata kepada 1,522.0, Julai 2025 meningkat 4.0 mata kepada 1,516.5 dan September 2025 menokok 3.0 mata kepada 1,498.0, manakala Disember 2025 susut 1.5 mata kepada 1,497.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 93,420 lot daripada 26,889 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 134,048 kontrak daripada 67,714 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI pendasar meningkat 5.50 mata kepada 1,519.79 daripada 1,514.29 pada Selasa.
-- BERNAMA