BERITA TERKINI   Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM145,000 | Bekas PAT Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan guna kedudukan, terima lebih RM700,000 dan pecah amanah RM3 juta | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Sedikit

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2025 meningkat dua mata kepada 1,510.0, Julai 2025 menambah 2.5 mata kepada 1,507.50,  September 2025 menokok tiga mata kepada 1,490.0 dan Disember 2025 naik satu mata kepada 1,494.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 4,410 lot daripada 5,528 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 39,977 kontrak daripada 40,910.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.31 mata kepada 1,511.95 daripada paras penutup 1,511.64 pada Selasa.

-- BERNAMA