BERITA TERKINI   Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tohmahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tomahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Sultan Perlis | ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

Pada sesi penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 turun 19.0 mata kepada 1,508.0, Julai 2025 susut 19.5 mata kepada 1,505.0, September 2025 jatuh 18.5 mata kepada 1,487.50 dan Disember 2025 berkurangan 18.0 mata kepada 1,493.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5,528 lot daripada 7,799 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 40,910 kontrak daripada 43,722 pada Isnin.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 8.35 mata, atau 0.54 peratus, kepada 1,511.64 daripada 1,519.99 sebelumnya.  

-- BERNAMA