BERITA TERKINI   PRK Lamag catat peratusan keluar mengundi sebanyak 55.16 peratus setakat 3 petang - SPR | PRK Kinabatangan: Sebanyak 50.37 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR | Sebanyak enam pusat pengundian bagi PRK Kinabatangan ditutup pada 3 petang - SPR | PRK Lamag: Dua pusat mengundi ditutup 2 petang - SPR | PRK Kinabatangan: Lima lagi pusat mengundi ditutup 2 petang - SPR | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada dagangan awal Selasa.

Pada 9.26 pagi, kontrak Jun 2025 susut 13.5 mata kepada 1,513.50, Julai 2025 dan September 2025 masing-masing turun 12.5 mata kepada 1,512.0 dan 1,493.50 manakala Disember 2025 turun 13 mata kepada 1,498.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,655 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 39,925 kontrak.

Selain itu, FBM KLCI turun 8.81 mata kepada 1,511.18 selepas 44 minit dagangan daripada 1,519.99 pada Isnin.

-- BERNAMA