BERITA TERKINI   Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tohmahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tomahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Sultan Perlis | ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada sesi penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat 15 mata kepada 1,527.0, manakala Julai 2025 dan September 2025 menokok 14 mata masing-masing kepada 1,524.50 dan 1,506.0. Kontrak Disember 2025 naik13.5 mata kepada 1,511. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,799 lot daripada 4,889 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 43,722 kontrak daripada 40,297 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 1.88 mata, atau 0.12 peratus, kepada 1,519.99 daripada paras penutup 1,518.11 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA