BERITA TERKINI   Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tohmahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tomahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Sultan Perlis | ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, walaupun pasaran tunai mencatatkan prestasi positif.

Pada penutupan, Jun 2025 susut empat mata kepada 1,518.0, Julai 2025 turun 3.5 mata kepada 1,516.5, September 2025 berkurangan 4.5 mata kepada 1,498.0 dan Disember 2025 menguncup 5.5 mata kepada 1,502.5.

Jumlah dagangan turun kepada 3,315 lot daripada 5,006 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 38,142 kontrak daripada 39,630 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 2.78 mata kepada 1,526.62 daripada 1,523.84 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA