BERITA TERKINI   Tengku Zafrul tunjuk kesediaan untuk terus sokong kerajaan, tempoh perkhidmatan sebagai Menteri MITI berakhir hari ini | Penyasaran subsidi memastikan rakyat terus dibantu selain membanteras ketirisan subsidi kepada bukan warganegara - PM Anwar | Kerajaan tetap berpegang kepada pendekatan penyasaran subsidi RON95, tolak cadangan Bank Dunia menaikkan kepada harga pasaran - PM Anwar | PM Anwar umum RM500 juta untuk baik pulih kerosakan infrastruktur awam akibat banjir | PM Anwar bentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini | 

Harga RON97, RON95, Diesel Kekal Bagi Tempoh 12 Hingga 18 Jun

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.07 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung pula kekal pada paras RM2.74 seliter, begitu juga bagi harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan yang kekal pada paras RM2.15 seliter untuk tempoh sama.

“Penetapan harga runcit produk petroleum ini dibuat secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik, dengan mengambil kira trend semasa pasaran minyak mentah dunia.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA