BERITA TERKINI   Virus Nipah: Warga Malaysia yang sedang melancong ke India atau berada di India disaran mengambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan kebersihan diri yang baik | Bursa sasar permodalan pasaran IPO RM28 bilion tahun ini daripada RM27.4 bilion pada 2025 dengan tumpuan kepada penyenaraian yang lebih besar dan berkualiti tinggi - Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan permintaan mengukuh di tengah-tengah rundingan perdagangan yang berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Kontrak semerta bulan Jun 2025 meningkat kepada US$3,339.5 setiap auns troy daripada US$3,330.0 setiap auns troy pada Isnin, manakala kontrak Julai 2025 menokok kepada US$3,348.0 setiap auns troy berbanding US$3,338.5 setiap auns troy semalam.

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,365.3 setiap auns troy daripada US$3,352.0 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 54 lot berbanding 68 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 83 kontrak daripada 30 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 9 Jun, harga emas fizikal berada pada US$3,319.3 setiap auns troy.

-- BERNAMA