BERITA TERKINI    Malaysia gesa ASEAN sokong Visi 2045 di tengah-tengah ketidaktentuan global - Mohamad Hasan | ASEAN akan terus menyokong resolusi Myanmar ke arah keamanan bagi menghentikan krisis di negara itu - Mohamad Hasan | Malaysia kutuk serangan Israel ke atas Iran susulan kempen keganasan berterusan rejim zionis di rantau itu - Mohamad Hasan | Tarif Trump: Malaysia masih dalam rundingan dan akan bangkitkan isu itu ketika bertemu Setiausaha Negara AS - PM Anwar | Tarif Trump: Hubungan dengan AS harus dikekalkan, namun Malaysia perlu pertahan pendirian sebagai negara dagang - PM Anwar | Malaysia gesa ASEAN sokong Visi 2045 di tengah-tengah ketidaktentuan global - Mohamad Hasan | ASEAN akan terus menyokong resolusi Myanmar ke arah keamanan bagi menghentikan krisis di negara itu - Mohamad Hasan | Malaysia kutuk serangan Israel ke atas Iran susulan kempen keganasan berterusan rejim zionis di rantau itu - Mohamad Hasan | Tarif Trump: Malaysia masih dalam rundingan dan akan bangkitkan isu itu ketika bertemu Setiausaha Negara AS - PM Anwar | Tarif Trump: Hubungan dengan AS harus dikekalkan, namun Malaysia perlu pertahan pendirian sebagai negara dagang - PM Anwar |

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kekurangan petunjuk baharu.

Kontrak semerta bulan Jun 2025 susut kepada US$3,330.0 setiap auns troy berbanding US$3,371.80 setiap auns troy pada Jumaat, manakala kontrak Julai 2025 turun kepada US$3,338.5 setiap auns troy daripada US$3,380.30. 

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 berkurang kepada US$3,352.0 setiap auns troy daripada US$3,393.80 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 68 lot berbanding 109 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka turun kepada 30 kontrak daripada 122 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 6 Jun, harga emas fizikal berada pada US$3,339.90 setiap auns troy.

-- BERNAMA