BERITA TERKINI   Bakar suar: Sultan Selangor zahir rasa amat dukacita insiden babitkan penyokong Selangor FC - Istana Alam Shah | Bakar suar: Sultan Selangor mahu polis cari dalang, harus dikenakan hukuman maksimum jika bersalah - Istana Alam Shah | Polis temukan enam rangka manusia, termasuk lima sekeluarga, di rumah terbiar yang terbakar di Kangkar Pulai bulan lepas - Ketua Polis Johor | Pulau Pinang salur bantuan i-Sejahtera fasa 1/2026 mulai 7 Feb kepada 281,135 penerima, libatkan RM50.93 juta - Chow | Pulau Pinang tetapkan kadar zakat fitrah tahun ini kepada tiga kategori, RM10, RM15 dan RM25 - YDP Majlis Agama Islam Negeri | 

Petronas Kekal Beroperasi Di Kanada

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini menafikan laporan berita yang mendakwa ia meninggalkan Kanada.

"Sebarang laporan mendakwa Petronas meninggalkan Kanada adalah tidak tepat," kata Petronas kepada pertanyaan Bernama mengenai dakwaan tersebut.

Pada Selasa, Petronas dilaporkan sedang mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk syarikatnya di Kanada, sebelum ini dikenali sebagai Progress Energy Resources Corp antaranya penjualan, menurut sumber yang mengetahu perkara tersebut.

Petronas berkata ia komited terhadap pelaburannya di Kanada yang mengendalikan pembangunan gas huluan North Montney Joint Venture dan merupakan rakan kongsi utama dalam kemudahan pencairan gas LNG Canada di Kitimat, BC.

“LNG Kanada sedang membuat persediaan untuk kargo pertamanya tahun ini, Petronas berbangga dapat menyediakan gas asli cecair Kanada rendah karbon dan boleh dipercayai untuk menyokong pasaran tenaga global untuk beberapa dekad akan datang,” tambahnya.

Petronas membeli Progress Energy pada 2012 pada harga kira-kira US$5.3 bilion, mengembangkan portfolio gas syal dan mengukuhkan pangkalan bekalan gasnya.

Selain itu, Petronas juga memiliki 25 peratus kepentingan dalam projek LNG Canada, sebuah usaha sama gas asli cecair utama bersama Shell Plc, PetroChina Co Ltd, Mitsubishi Corp dan Korea Gas Corp.

-- BERNAMA