BERITA TERKINI   RM254 juta diperuntukkan bagi program pembangunan koperasi tahun ini, tertinggi sejak penubuhan gerakan koperasi pada 1922 - Steven Sim. | Ladang Solar KLIA dijangka kurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 35,000 tan setahun - Fadillah | Inisiatif Ladang Solar KLIA sokong sasaran Malaysia capai 70 peratus penggunaan tenaga boleh baharu menjelang 2050 - Fadillah | Pelancaran Ladang Solar dan sistem penstoran tenaga (BESS) sokong operasi KLIA sebagai infrastruktur pengangkutan kritikal negara - TPM Fadillah | Dua PPS tempatkan mangsa kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang ditutup hari ini - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa di tengah-tengah dolar Amerika Syarikat yang lebih lemah.

Kontrak semerta bulan Jun 2025 meningkat kepada US$3,372.90 setiap auns troy daripada US$3,312.20 setiap auns troy pada Jumaat lepas, manakala kontrak Julai 2025 naik kepada US$3,386.60 setiap auns troy daripada US$3,325.90 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 menokok kepada US$3,397.80 setiap auns troy daripada US$3,325.90 setiap auns troy pada akhir minggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 32 lot daripada 91 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 55 kontrak daripada 139 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 2 Jun, harga emas fizikal berada pada US$3,370.85 setiap auns troy.

-- BERNAMA