BERITA TERKINI   Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dilantik Pengerusi BN Sabah - Setiausaha Agung BN Zambry | Dewan Tertinggi BN terima penyertaan semula PPP - Setiausaha Agung BN Zambry | MIC masih bersama BN, isu keluar hanya spekulasi - Setiausaha Agung BN Zambry | Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Hafizuddeain dan isteri akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL esok - SPRM | Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL pada 23 Jan - SPRM | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025 susut 6.0 mata kepada 1,520.0, Jun 2025 dan September 2025 turun 7.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,515.0 dan 1,499.0, dan Disember 2025 menyusut 8.0 mata kepada 1,504.5

Jumlah dagangan merosot kepada 21,038 lot daripada 62,385 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 53,002 kontrak daripada 103,479 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 4.50 mata, atau 0.29 peratus, kepada 1,518.98 daripada paras 1,523.48 pada Rabu.

-- BERNAMA