BERITA TERKINI   Tiga kanak-kanak ditemukan lemas di kolam kumbahan berhampiran sebuah flat di Sibu Jaya, Sibu petang tadi - Bomba | Pengimportan sisa elektronik (e-waste) akan diklasifikasikan di bawah kategori Larangan Mutlak - Azam Baki | Jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memperkukuh penyelarasan, penguatkuasaan berkaitan e-waste - KP SPRM | Kerajaan akan meneliti kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) ke Malaysia bagi melindungi ekosistem automotif negara - Johari | Menara Merdeka 118 dilancarkan secara rasmi sebagai MD Nexus pertama di Malaysia - Gobind | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal pada Khamis.

Pada 9.45 pagi, kontrak bulan semasa Mei 2025 berkurangan 7.0 mata kepada 1,519.0, Jun 2025 merosot 8.5 mata kepada 1,514.0, September 2025 susut 9.5 mata kepada 1,497.0 dan Disember 2025 menurun 5.5 mata kepada 1,507.0.

Jumlah dagangan sebanyak 8,524 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 51,579 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI merosot 1.98 mata kepada 1,521.50 selepas 44 minit dagangan daripada 1,523.48 pada Rabu.

-- BERNAMA