BERITA TERKINI   Malaysia diberi kemenangan pada final acara regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw selepas Thailand tarik diri susulan bantahan terhadap keputusan pengadil | 

Jualan Singkat Intra Hari Bagi Menggantung Saham MSM Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Dagangan jualan singkat intra hari (IDSS) untuk saham MSM Malaysia Holdings Bhd digantung sepanjang hari susulan harga terakhir sekuriti yang diluluskan turun lebih daripada 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Setakat 3.46 petang, MSM Malaysia susut 20 sen atau 14.39 peratus kepada RM1.19 dengan 8.69 juta saham diniagakan.

Pengeluar gula itu berubah-ubah antara RM1.17 dan RM1.39 sepanjang sesi dagangan setakat ini.

Dalam pengumuman khas hari ini, Bursa Malaysia memaklumkan jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada 8.30 pagi esok (23 Mei).

-- BERNAMA