BERITA TERKINI   Pelaksanaan projek Loji Janakuasa 120MW di Zon Perindustrian Rancha-Rancha pastikan kecukupan bekalan tenaga elektrik di Labuan - TPM Fadillah | Angka ekonomi positif berjaya memperkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar | Pengukuhan ringgit menunjukkan keyakinan terhadap sistem ekonomi negara - PM Anwar | Malaysia catat lebihan dagangan sebanyak RM151.80 billion pada 2025, meningkat 9.2 peratus ketimbang 2024 - PM Anwar | Malaysia jana jualan eksport RM45.4 bilion daripada lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri pada 2025 melibatkan sektor seperti gas cecair asli, minyak kelapa sawit dan E&E - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan peningkatan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Kontrak semerta bulan Mei 2025 meningkat kepada US$3,317.20 setiap auns troy daripada US$3,244.70 setiap auns troy semalam, manakala kontrak Jun 2025 menokok kepada US$3,330.20 setiap auns troy daripada US$3,257.50 setiap auns troy.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2025 melonjak kepada US$3,343.90 setiap auns troy daripada US$3,271.20 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan naik kepada 665 lot daripada 477 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 698 kontrak daripada 33 kontrak semalam.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 20 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,261.55 setiap auns troy.

-- BERNAMA