BERITA TERKINI   Ekonomi digital akan menjadi pemacu utama dalam mencapai sasaran pelaburan berkualiti Malaysia pada 2026 - Tengku Zafrul | MIDA menjangka lebih banyak pelaburan berteraskan kualiti akan menjana limpahan bermakna kepada ekonomi Malaysia di bawah Kerangka Insentif Baharu - Tengku Zafrul | Sehingga 10 Feb 2026, sebanyak RM5.4 bilion bayaran balik telah dibuat bagi tahun taksiran 2023 melibatkan 38,629 kes - Amir Hamzah | Sehingga 11 Feb 2026, lebih 14.6 juta rakyat telah menikmati harga RON95 sebagai subsidi di bawah BUDI95 - Amir Hamzah | Kerajaan MADANI melunaskan bayaran balik lebihan cukai bagi 2023-2025 sebanyak RM56 bilion, 50 peratus lebih tinggi daripada 2020-2022, iaitu RM37 bilion - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, diseret oleh kebimbangan mengenai peningkatan output pada minggu-minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David ng.

Sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh jangkaan tahap inventori yang lebih tinggi di negara ini. 

"Kami melihat sokongan pada paras RM3,800 satu tan dan rintangan pada RM4,000," katanya kepada Bernama. 

Pada penutup, bulan semerta baharu iaitu Jun 2025 menurun RM29 kepada RM3,891 satu tan, Julai 2025 adalah RM18 lebih rendah kepada RM3,904 satu tan dan Ogos 2025 jatuh RM14 kepada RM3,894 satu tan.

September 2025 menurun RM15 kepada RM3,882 satu tan, Oktober 2025 merosot RM16 kepada RM3,878 satu tan dan November 2025 susut RM17 kepada RM3,880 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 79,236 lot berbanding 74,851 semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 243,689 kontrak daripada 242,380.

Harga fizikal MSM untuk Jun Selatan berkurangan sebanyak RM40 kepada RM3,920 satu tan. 

-- BERNAMA