Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Khamis.
Pada 9.51 pagi, kontrak Februari 2026 naik 6.0 mata kepada 1,758.50, Mac 2026 meningkat 7.0 mata kepada 1,737.5, Jun 2026 meokok 6.5 mata kepada 1,741.5 dan September 2026 menambah 4.5 mata kepada 1,727.0.
Jumlah dagangan mencatatkan 1,915 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 38,099 kontrak.
Dalam pasaran tunai, FBM KLCI melonjak 0.48 mata kepada 1,756.81, selepas dibuka 0.12 lebih rendah pada 1,755.09 berbanding 1,756.39 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA