BERITA TERKINI   Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia nikmati kadar elektrik lebih adil - Suruhanjaya Tenaga | Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu | Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$119.9 bilion pada 13 Jun, 2025, berbanding US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025 | Penapis, pengilang gula di Malaysia boleh mohon pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam - Kementerian Kewangan | Tiada sebab harga gula bertapis dinaikkan kerana syarikat seperti MSM Malaysia Holdings Bhd terus terima insentif bulanan kerajaan bagi pastikan kestabilan bekalan, harga - Kementerian Kewangan | 

TIV Sektor Automotif Malaysia Susut 16.8 Peratus Pada April Kepada 60,527 Unit - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jumlah volum industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 16.8 peratus kepada 60,527 unit pada April berbanding Mac, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

“TIV tahun hingga kini (YTD) adalah 5.8 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2024,” katanya dalam satu kenyataan.

MAA berkata jualan lebih rendah pada April adalah berikutan cuti Hari Raya yang panjang dan penghantaran sempena perayaan yang tinggi pada Mac.

MAA berkata pada asas tahun ke tahun, TIV bagi April 2025 meningkat satu peratus daripada 59,900 unit yang direkodkan setahun sebelumnya, dengan 55,971 kenderaan penumpang dan 4,556 kenderaan komersial berjaya dijual.

Bagi pengeluaran, katanya, keseluruhan 56,313 unit dikeluarkan pada April 2025, susut dua peratus daripada setahun sebelumnya, membabitkan 52,925 kenderaan penumpang dan 3,388 kenderaan komersial.

Mengenai prospek industri pada Mei, MAA menjangkakan TIV adalah lebih tinggi berbanding April berikutan sambutan perayaan Kaamatan dan Gawai di Malaysia Timur pada akhir bulan itu.

“Bilangan hari bekerja yang lebih tinggi pada bulan Mei berbanding April dan pelancaran model baharu (juga dijangka meningkatkan jualan),” katanya.

-- BERNAMA