BERITA TERKINI   Pilihan raya Myanmar bukan keutamaan pada masa ini; dialog mengenai gencatan senjata digesa - Mohamad Hasan | PM Anwar galak keterlibatan lebih erat antara Pakistan dan ASEAN pada masa hadapan | Malaysia jemput Australia sertai Pameran MIHAS pada September, selaras potensi besar kerjasama ekonomi halal - PM Anwar | Malaysia-Australia dijangka meterai MoU baharu sektor pendidikan pada Mesyuarat Tahunan Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Australia Ketiga, Oktober ini -- Anwar | Malaysia hargai sokongan China terhadap Konsensus Lima Perkara ASEAN berhubung Myanmar - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal pada Selasa.

Pada 9.30 pagi, Mei 2025 naik 25.0 mata kepada 1,570.0, Jun 2025 meningkat 25.5 mata kepada 1,568.50, September 2025 menambah 26.50 mata kepada 1,553.50 dan Disember 2025 menokok 21.50 mata kepada 1,558.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,779 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,095 kontrak.

Pada 9.48 pagi, indeks asas FBM KLCI meningkat 24.82 mata kepada 1,571.32 daripada 1,546.50 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA