BERITA TERKINI    China akan tandatangan Perjanjian SEANWFZ sebaik sahaja semua dokumen lengkap - Mohamad Hasan | Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani dengan cermat, elak dipolitikkan - Istana Negara | Menteri Luar Australia umum program pembangunan AU$1.28 bilion untuk ASEAN bagi menyerap impak pemotongan dana USAID | CAAM sahkan kemalangan helikopter polis jenis AS355 berhampiran Sungai Pulai di Gelang Patah, Johor pagi ini, lima mangsa selamat | ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | China akan tandatangan Perjanjian SEANWFZ sebaik sahaja semua dokumen lengkap - Mohamad Hasan | Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani dengan cermat, elak dipolitikkan - Istana Negara | Menteri Luar Australia umum program pembangunan AU$1.28 bilion untuk ASEAN bagi menyerap impak pemotongan dana USAID | CAAM sahkan kemalangan helikopter polis jenis AS355 berhampiran Sungai Pulai di Gelang Patah, Johor pagi ini, lima mangsa selamat | ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan |

Kehadiran IWS, Delegasi World Economic Council Buka Peluang Pelaburan Baharu - Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kehadiran wakil International Economic Senate (IWS) dan delegasi World Economic Council membuka peluang pengembangan pelaburan terutamanya melibatkan syarikat Jerman di Malaysia.

Mengalu-alukan lawatan mereka ke Malaysia, Anwar berkata beliau menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi (IWS) Peter Nussbaum dan delegasi World Economic Council awal hari ini.

Beliau berkata langkah ini dilihat sebagai inisiatif berterusan untuk meneroka peluang pengembangan pelaburan khususnya oleh syarikat Jerman.

“Kami bertukar pandangan berkaitan dasar dan kemudahan perniagaan oleh Kerajaan MADANI yang boleh dimanfaatkan pelabur luar.

“Dalam konteks ini, Malaysia melihat peluang yang lebih besar selaras dengan pengumuman penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah Malaysia (MEUFTA) pada 20 Januari lepas,” kata beliau menerusi catatan di laman Facebook hari ini. 

IWS ditubuhkan di Jerman bertujuan menyatukan pemimpin perniagaan, usahawan dan penggubal dasar dengan misi untuk memupuk pembangunan ekonomi mampan dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

World Economic Council adalah antara inisiatif utama IWS yang menghimpunkan pemimpin perniagaan kanan, pegawai kerajaan dan pakar dalam pelbagai bidang.

Jerman ialah rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sejak tahun 2000.

-- BERNAMA