BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Buriram United 1-2 JDT | Fasa Monsun Barat Daya bermula esok, cuaca lebih panas, kering, taburan hujan rendah - TPM Ahmad Zahid | Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nam Dinh 0 - 2 Selangor FC | 430 motosikal Honda model CMX500A dan CBR650RAC dipanggil semula bermula 25 Mei berikutan isu teknikal - JPJ | Proses peralihan, penukaran MyKad Struktur Baharu tidak ganggu proses penebusan bantuan kerajaan termasuk SARA, BUDI95 - JPN  | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah pada Isnin, seiring prestasi pasaran niaga hadapan serantau.

Sentimen pasaran kekal suram di tengah-tengah kebimbangan membabitkan ketidaktentuan global susulan pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata peniaga.

Bagaimanapun, katanya, kerugian seterusnya dapat dikekang berikutan kenaikan harga minyak, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS itu selain sentimen optimis berhubung potensi pemulihan disokong  oleh langkah-langkah rangsangan.

“Saham-saham China suram susulan ketidaktentuan membabitkan rundingan dagangan AS-China,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia SMR 20 turun 5.0 sen kepada 747.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 4.0 sen kepada 621.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA