BERITA TERKINI   Bakar suar: Sultan Selangor zahir rasa amat dukacita insiden babitkan penyokong Selangor FC - Istana Alam Shah | Bakar suar: Sultan Selangor mahu polis cari dalang, harus dikenakan hukuman maksimum jika bersalah - Istana Alam Shah | Polis temukan enam rangka manusia, termasuk lima sekeluarga, di rumah terbiar yang terbakar di Kangkar Pulai bulan lepas - Ketua Polis Johor | Pulau Pinang salur bantuan i-Sejahtera fasa 1/2026 mulai 7 Feb kepada 281,135 penerima, libatkan RM50.93 juta - Chow | Pulau Pinang tetapkan kadar zakat fitrah tahun ini kepada tiga kategori, RM10, RM15 dan RM25 - YDP Majlis Agama Islam Negeri | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.30 pagi, April 2025 naik 3.5 mata kepada 1,512.50, Mei 2025 meningkat lima mata kepada 1,512.0, Jun 2025 menambah 6.5 mata kepada 1,510.50 dan September 2025 menokok empat mata kepada 1,495.50.

Jumlah dagangan sebanyak 11,622 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 58,896 kontrak.

Pada 9.48 pagi, indeks kadar asas FBM KLCI meningkat 5.0 mata kepada 1,514.20 daripada 1,509.20 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA