BERITA TERKINI   Pendidikan percuma PTPTN ditingkatkan kepada 10,000 pelajar miskin, berbanding 5,800 di bawah Belanjawan 2026 - PM Anwar | Kira-kira 3,000 pelajar OKU di IPTA, politeknik dan kolej komuniti akan diberi pendidikan percuma - PM Anwar | Mulai 2026, KPT akan ambil alih seluruh sistem pendidikan prauniversiti, Tingkatan Enam dan matrikulasi - PM Anwar | PM Anwar umum peruntukan RM100 juta perbaiki kemudahan untuk guru di sekolah | PM Anwar umum peruntukan RM100 juta perbaiki kemudahan untuk guru di sekolah | 

Nor Shahrizan Sulaiman Dilantik Sebagai Pegawai Bertanggungjawab Maybank Islamic

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Maybank Islamic Bhd (MIB) melantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nor Shahrizan Sulaiman sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab.

Pelantikan itu adalah susulan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Perbankan Islam Datuk Muzaffar Hisham yang akan meneruskan kepentingan profesional lain.

Proses untuk mengenal pasti GCEO baharu akan dimulakan serta-merta dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Kumpulan Maybank dalam satu kenyataan.

Presiden dan CEO Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata bagi pihak Kumpulan Maybank beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Muzaffar atas sumbangannya yang tidak ternilai sepanjang 14 tahun yang lepas.

"Beliau telah memainkan peranan penting dalam mengemudi francais perbankan Islam kami ke arah mencapai kepimpinan global, selaras dengan strategi M25+ kami," katanya.

Nor Shahrizan akan mengambil alih pengurusan harian MIB dan akan terus manjalankan tugas semasanya, sehingga GCEO baharu dilantik.

-- BERNAMA